,

5 TIPS MUDAH URUS HARTA PUSAKA

Apabila berlaku kematian, topik paling kerap muncul adalah harta pusaka. Apakah harta-harta peninggalan si mati? Siapa waris-warisnya dan bagaimana pusaka itu akan diagihkan?

Meskipun pusaka ini wajar diuruskan segera namun ada dikalangan masyarakat berasa hal harta pusaka tidak patut dibincangkan bagi menghormati perasaan balu si mati dan keluarga yang ditinggalkan.

Sebenarnya, tidak wajar membiarkan harta pusaka ini tidak segera diurus. Bagaimana jika ada dikalangan waris-warisnya meninggal dunia? Apa akan jadi pada bahagian waris berkenaan? Bagaimana sekiranya ada kalangan anak yang memerlukan biaya melanjut pengajian sedangkan wang simpanan si mati beku dan tidak dapat digunakan. Pasti ia akan menyulitkan keluarga yang ditinggalkan.

Sehubungan itu, ini 5 tips mudah urus harta pusaka yang boleh anda lakukan sendiri.

  1. Kenali siapa waris.

Ini perkara asas yang perlu diketahui ketika menguruskan harta dan pusaka. Dengan mengenali siapa waris, secara tidak langsung kita turut memahami faraid serta pembahagiannya sebagai ditetapkan.

2. Adakan ‘meeting’.

Ambil kesempatan di mana semua waris berkumpul. Semasa mengurus harta pusaka ayahanda saya, pada malam pertama arwah dikebumikan terus kami adakan perbincangan adik-beradik kerana ketika itu semua waris ada. Mungkin ada yang rasa perbincangan kami itu terlalu awal tetapi jika ditunggu dan bertangguh-tangguh, masing-masing (waris-waris) akan mula sibuk dengan kehidupan masing-masing. Justeru, rebut saja peluang yang ada. Lagipun kenapa perlu tunggu kerana lambat-laun harta pusaka berkenaan tetap perlu diuruskan juga.

3. Senaraikan semua harta peninggalannya.

Ini proses awal yang perlu dilakukan waris. Dengan membuat senarai semua hartanya, anda boleh asingkan mana harta pusaka yang ada penama. Harta pusaka yang ada penama boleh dikeluarkan lebih awal tanpa perlu melalui proses bicara kuasa. Ia boleh diagihkan segera sama ada menerusi faraid ataupun secara muafakat.

4. Langsaikan semua hutang-piutang.

Hutang ini termasuk hutang dunia dan juga hutang akhirat. Hak keutamaan penggunaan harta pusaka itu adalah pada si mati terutama jika masih ada lagi hutang-hutangnya yang belum selesai dengan mana-mana individu ataupun institusi. Setelah itu hutang akhiratnya yang belum beres seperti zakat, nazar ataupun haji perlu dilaksanakan. Jika si mati ada berbuat wasiat kebajikan seperti infaq ataupun wakaf, laksanakan mengikut keinginan si mati. Akhirnya barulah harta pusaka itu difaraidkan kepada waris-warisnya.

5. Buat permohonan tuntutan pusaka.

Sebelum buat permohonan tuntutan harta pusaka, perlu diketahui berapakah nilai keseluruhan harta pusaka itu. Ini kerana setiap kategori pusaka tertakluk di bawah bidang kuasa agensi tertentu. Wajar diketahui di mana permohonan itu perlu dibuat. Adakah di Pejabat Pusaka Kecil, Amanah Raya ataupun Mahkamah Tinggi?

(Boleh join Tanya Apa Saja Pasal Harta dan Pusaka di telegram channel https://t.me/pusakaexpert)

Mati adalah kepastian yang tidak pasti bila datangnya. Pun begitu wajar setiap orang yang hidup mengetahui bagaimana untuk menguruskan harta pusaka. Jika tidak cakna akan semakin bertambahlah harta pusaka yang beku.

Bermanfaat? Kongsikan pada yang lain :
Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on email
Share on telegram

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Suraiya Mohd Nor

Penulis blog

Berpengalaman 20 tahun dalam bidang kewartawanan sebelum terbabit dalam industri kewangan dan pewarisan harta & pusaka.

Suraiya

popular blog

Promosi

Buka Whatsapp
Perlukan bantuan?
Hai, saya Suraiya.
Anda mempunyai sebarang soalan atau perlukan bantuan? Chat saya di whatsapp.