5 RAHSIA HIDUP TENANG ADA HARTA

SIAPA yang tidak mahu hidup tenang dan ada harta?  Bangun pagi saja kita sudah sibuk buat itu-ini. Bagi yang bekerja perlu ke pejabat ataupun work from home bila ada rakan sepejabat yang kena virus Covid19.

Bekerja dari rumah… alahai lagilah berat keadaannya kerana banyak gangguan meskipun berada dalam keselesaan rumah sendiri.

Bagi isteri, ada anak-anak yang perlu dilayani, nak siapkan makanan, uruskan rumahtangga dan pelbagai lagi. Kesibukannya daripada awal pagi membawa ke malam, tidak pernah berhenti.

Dalam kesibukan hidup itu mencari ketenangan fikiran ada waktunya sukar. Apalagi bila keadaan ekonomi kita seadanya saja. Cukup-cukup saja untuk hidup. Namun tujuan hidup dan bagaimana rezeki itu kita urus adalah kunci pada segala-galanya.

Ini rahsia bagaimana kita boleh hidup tenang dan ada harta.

  1. Perbanyakan sedekah

Untuk bersedekah kita tidak perlu tunggu kaya baru hendak bermula. Ajari diri untuk bersedekah seikhlas hati mengikut keupayaan dan kemampuan kita. Sekalipun yang kita mampu hanya RM 1 saja!

Ini kerana Allah SWT sudah berjanji pada mereka yang bersedekah dan menginfaqkan harta, rezekinya akan berlipat kali ganda. Ia umpama sebutir biji yang menumbuhan 7 tangkai dan pada setiap tangkai itu ada 100 biji sebagaimana firman Allah dalam Surah Al-Baqarah, ayat 261.

Amalan suka bersedekah juga menjadi penghapus dosa sebagaimana hadis Nabi SAW: “Sedekah dapat menghapuskan dosa sebagaimana air memadamkan api.” (HR Tirmidzi).

Mereka juga antara 7 golongan yang mendapat naungan dari Allah iaitu:

  • pemimpin yang adil
  • orang yang hatinya terpaut pada masjid
  • dua orang berkasih-sayang, berjumpa dan berpisah kerana Allah
  • orang yang bersedekah secara senyap sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang dilakukan oleh tangan kanannya
  • orang muda yang sejak usia muda beribadah kepada Allah
  • lelaki yang teguh imannya meskipun digoda wanita berkedudukan, cantik tetapi dia menolak kerana takutnya pada Allah; dan
  • orang yang mengingati Allah sendirian lalu mengalir airmatanya.

Manfaat orang yang suka bersedekah sangat banyak dan rezeki mereka ini sentiasa saja berkecukupan, hidup berkat, hati tenang meskipun sikit harta.

 

  1. Mohon restu keramat hidup

Pesan Tok Guru sentiasalah hargai keramat hidup kita. Sebelum berbuat sesuatu minta ayah dan ibu kita doakan kejayaan apa juga yang ingin kita kerjakan. Doa ibu dan ayah, tiada hijab. Jadi selagi mereka ada, hargai dengan sentiada mengambil berat, luangkan masa dan dapatkan restu mereka.

  1. Bahagiakan pasangan

Dalam satu ceramah yang saya dengar di tv, membahagiakan pasangan masing-masing akan memurahkan rezeki. Teringat saya bagaimana ustaz tersebut menyaran suami-suami membeli barang perhiasan seperti emas untuk membahagiakan isteri mereka. Katanya dengan membahagiakan hati isteri, bahagia akan berterusan dan isteri yang gembira akan menjadi pembuka rezeki seluas-luasnya kepada keluarga.

  1. Berpagi-pagi mencari rezeki

Rasulullah SAW bersabda: “Bangunlah pada pagi hari untuk mencari rezeki dan keperluan-keperluan hidupmu. Sesungguhnya pada pagi hari terdapat berkah dan keberuntungan.” (HR at-Tabrani dan al-Bazzar)

Waktu pagi seharusnya dimulakan dengan berusaha gigih untuk mencari rezeki kerana burung yang terbang awal pagi akan kembali waktu petang dengan perut yang kenyang.

  1. Minda berkuasa

Minda positif akan memberi kesan positif dalam kehidupan. Itulah falsafah Law of Attraction atau Daya Tarikan. Ia satu bentuk kuasa atau enegry yang akan menarik berdasarkan apa yang kita fikirkan. Jika kita sentiasa berfikiran positif, yang datang juga adalah perkara-perkara positif. Kita adalah apa yang kita fikirkan. Untuk hidup tenang dan ada harta, ketenangan itu perlu dicari dengan merendah diri, bersyukur dengan apa yang ada serta berusaha gigih untuk mencapai apa yang kita mahukan.

Di luar sana terlalu banyak perkara-perkara negatif yang boleh buat kita rasa murung, tidak bertenaga dan berdaya. Elakkan berada dalam lingkungan itu. Jauhkan diri daripada orang-orang toksid (yang sentiasa menyalahkan orang lain, bercakap buruk). Letakkan diri kita dalam kelompok positif – baca buku-buku yang memberi inspirasi, bergaul dengan mereka yang berjaya dan sentiasa belajar untuk perbaiki diri.

(Boleh join Tanya Apa Saja Pasal Harta dan Pusaka di telegram channel https://t.me/pusakaexpert)

Sentiasa fikir yang kita BOLEH dan MAMPU lakukan. Dengan memiliki minda berkuasa, kita dapat tapis dan pilih bagaimana untuk hidup tenang, bagaimana cara untuk cari rezeki dan tambah harta.

Bermanfaat? Kongsikan pada yang lain :
Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on email
Share on telegram

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Suraiya Mohd Nor

Penulis blog

Berpengalaman 20 tahun dalam bidang kewartawanan sebelum terbabit dalam industri kewangan dan pewarisan harta & pusaka.

Suraiya

popular blog

Promosi

Buka Whatsapp
Perlukan bantuan?
Hai, saya Suraiya.
Anda mempunyai sebarang soalan atau perlukan bantuan? Chat saya di whatsapp.